Minggu, 03 Juli 2016

Bahasa Melayu [Kisah Benar] Mimpiku Bersebab Atau Memberi Amaran?

Kisah ini masih terlintas di mindaku. Kisah ini lebih kurang sepuluh tahun yang lalu iaitu pada 2006. Umurku masa tu empat tahun. Masa umur dua tahun hingga tiga tahun aku biasanya tidur di kamar ibu bapaku.Tapi apabila ku berumur empat tahun aku tidur di ruang tamu keseorangan.Aku mempunyai dua orang abang. Mereka berdua tidur di kamar yang sama,ibu bapaku juga tidur di kamar yang sama. Tapi aku keseorangan,maklumlah seorang aja anak perempuannya.

Pada suatu malam,aku tidur di ruang tamu seperti biasa (tempat tidurku) ruang tamuku pula sempit aja tempatnya dan bersambung ke ruang dapur dengan lorong kecil. Pada malam itu,aku bermimpi ada seekor burung helang terbang dan terdapat banyak burung hantu di atas sayapnya (duduk atas sayapnya) dan burung hantu tersebut memakai penutup mata dan topi lanun. Mungkin ia lucu tapi ada di sebaliknya. Lalu diakhir mimpiku berbunyi music "JENG JENG JENG JENG!!!". Lalu aku terkejut dari mimpiku. Aku melihat di bawah kaki ku iaitu lorong ke ruang dapur hanya sedikit ke kiri aja terdapat satu sosok yang terang di mataku iaitu "pocong!!!!!!". Mukanya berwarna putih. Tapi biasanya aku lihat filem mukanya hitam tapi yang aku nampak mukanya putih. Contoh emmmm... seperti kita pakai bedak putih tebal-tebal. Tapi aku tahu dari segi sosok mukanya,dia adalah cewek. Dia tidak memandang ke arahku. Di memang ke arah syiling (bumbung). Aku lalu menutup muka ku dengan bantal kepala ku,lalu membaca surah al-Fatihah. Dan aku masih menutup muka ku tanpa melihat ke arahnya.

Lalu aku pergi ke kamar ibuku. Kamar ibuku just atas kepala dalam 1inci aja tapi ke kiri sedikit.Aku berlalu pergi ke kamar ibuku lalu membuka tombol pintu dengan cemas dan aku segera masuk dan menutup pintu. Lantas aku memanjat katil (berjalan atas katil) karna mahu duduk di antara ibu dan bapaku. Dalam beberapa minit atau jam kemudian (aku lupa) aku kejutkan ibuku untuk nemani aku ke tandas iaitu beberapa inchi melalui ruang dapur belah kiri juga.Apabila aku keluar "jembalang itu" udah tiada. Aku berasa lega dan pergi ke tandas sambil ditemani oleh ibuku.

Esokan harinya,aku menceritakan kepada ibu bapaku tentang hal yang terjadi semalam. Bapaku bilang aku hanya mengigau aja,tapi ibuku percaya Kerna abang keduaku juga pernah nampak sesuatu di ruang dapur itu tapi bukan makhluk yang aku nampak. Ia berbeda.

Terima kasih kerana membaca ceritaku.
----------------------------------------------------------------
Pengirim : Nur Sholihah nursholihah33@gmail.com , 3 Juli 2016 17.51 WIB.
Teks asli dalam Bahasa Melayu. Untuk teks hasil terjemahan kedalam Bahasa Indonesia klik disini
-----------------------------------------------------------------
Punya cerita mistis? Ingin berbaginya? Kirimkan cerita pengalaman mistismu atau cerita karangan mistismu ke richieimani1.ri@gmail.com dan biarkan ribuan pembaca membacanya setiap hari!

0 komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.